Our Article

KEPENTINGAN TERJEMAHAN DALAM PERNIAGAAN

             Bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan secara meluas dalam dunia perniagaan. Dilahirkan di negara yang bahasa Inggeris adalah bahasa ibunda merupakan satu kelebihan. Bahasa Inggeris boleh didefinisikan sebagai lingua franca dalam dunia perniagaan, bahasa asing yang paling kerap diajar di sekolah-sekolah di seluruh dunia dan menjadi bahasa rasmi bagi 20 organisasi antarabangsa penting. Namun dari sisi lain pula, ia mewujudkan penafian oleh penutur asli bahasa Inggeris terhadap pertimbangan untuk menggunakan bahasa lain ke dalam kehidupan peribadi atau pekerjaan mereka.


           Walaupun bahasa Inggeris adalah bahasa yang paling banyak dituturkan, ianya tidak menjadi suatu kesalahan untuk menterjemahkan kandungan ke dalam bahasa asing seperti Sepanyol, Rusia dan Cina dalam bidang perniagaan, terutama sekali dalam sektor perkhidmatan kewangan. Namun, masih terdapat banyak syarikat tidak peka dengan norma baharu dunia globalisasi yang akan menyebabkan mereka kehilangan banyak bakal pelanggan sekiranya mereka mengabaikan bahasa lain. Walau bagaimanapun, ianya bukan mudah bagi sebilangan besar daripada broker dan syarikat pelaburan.

Peluang yang disia-siakan

Menurut laporan terbaru daripada EuroBarometer, bahasa Inggeris secara signifikannya adalah bahasa yang kurang terkenal seperti yang kita ketahui sebelum ini. Sebagai contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua atau 39 peratus yang digunakan oleh penduduk Perancis. Di Itali pula, bahasa ini hanya meliputi 35 peratus dan kurang daripada 23 peratus di Sepanyol. Angka-angka ini tidak akan membimbangkan sekiranya ia bukan dari negara yang gemar menggunakan bahasa Inggeris. Namun begitu, keadaan menjadi lebih teruk dari sisi pasaran baharu: hanya 5.2 peratus penduduk di Rusia yang fasih berbasa Inggeris; 5 peratus di Brazil; dan kurang daripada 0.75 peratus di China.


Perniagaan anda akan mengalami kerugian sekiranya anda tidak menyediakan kandungan anda dalam pelbagai bahasa dengan melihat kepada jumlah gabungan populasi bagi ketiga-tiga negara ini yang melebihi 1.7 bilion. Ia juga merupakan kesilapan yang mungkin ingin dielakkan oleh pesaing anda. Syarikat-syarikat utama seperti Banca Intesa, Saxo Bank, MetaQuote dan FXCM menyedari bahawa betapa besarnya peluang peniagaan yang boleh dihasilkan dengan kandungan yang diterjemah. Tiada organisasi yang ingin melepaskan peluang hebat ini yang boleh mencapai pasaran yang begitu luas.


Rata-rata jumlah syarikat bahasa yang mahu kandungannya diterjemahkan adalah 12 dan bahasa yang paling terkenal ialah Sepanyol, Jerman, Cina, Rusia, Arab, Portugis, Poland, Indonesia dan Melayu. Bahasa-bahasa ini menjadi permintaan ramai kerana populasi penuturnya yang besar. Walau bagaimanapun, kebanyakan bahasa yang menjadi permintaan banyak syarikat ialah dari negara-negara seperti Sweeden, Norway dan Itali.

Bantuan luar

Sebilangan besar syarikat memilih untuk menggunakan bantuan terjemahan luar menerusi agensi atas faktor efisyen, harga yang berpatutan dan penterjemah yang berpengalaman. Ini adalah langkah biasa yang dilakukan oleh banyak perniagaan. Penterjemah agensi menawarkan pelbagai jenis pakej dan kebiasaannya lebih murah jika dibandingkan dengan merekrut dan melatih pasukan penulis baharu.

Hasil daripada globalisasi, bekerja dengan klien, pelanggan dan rakan kongsi antarabangsa adalah lebih penting. Walaupun bahasa Inggeris dituturkan secara meluas, namun banyak individu lebih memilih untuk membaca mengenai produk dan perkhidmatan atau kandungan dalam bahasa ibunda mereka.


Selain terjemahan, penyetempatan juga memainkan peranan yang sama penting. Penyetempatan bukan sahaja bermaksud memastikan kandungan anda dapat difahami, ia juga bermaksud menjadikannya lebih relevan untuk pembaca asing. Penyetempatan boleh menyampaikan kandungan yang memberikan kesan kepada khalayak sasaran anda sama ada melalui simpulan bahasa, istilah atau nada tertentu.


Syarikat-syarikat yang masih percaya bahawa seluruh dunia akan menerima kandungan bahasa Inggeris harus bersedia untuk kehilangan berjuta-juta dolar setiap tahun. Tidak hairan jika tidak lama lagi setiap perkataan bertulis akan diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol, Itali, Cina dan bahasa lain. Ini adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan trend ini dan menjadi salah satu perintis terjemahan dalam pelbagai bahasa di dunia.